Webiner x Kesejahteraan Kendiri – Apa Perlu Kita Tahu Kanser Serviks (Pangkal Rahim)
6 November 2024 | Aktiviti TerkiniPada 5 November 2024, Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Melugu telah menyertai sesi Webiner Kesejahteraan Kendiri – Apa Perlu Kita Tahu Kanser Serviks (Pangkal Rahim) yang diadakan secara maya menggunakan platform Google Meet. Webiner ini diadakan bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan mengenai kanser serviks yang semakin meningkat dalam kalangan wanita di Malaysia.
Sesi webinar kali ini telah dikongsi oleh Dr. Vaishinnee K Reddy yang merupakan Pengarah Program Perubatan Klinik LKB Bintulu. Dalam sesi perkongsian ini, beliau telah menjelaskan mengenai apa itu kanser serviks, memahami kanser serviks, symptom atau tanda-tanda, rawatan yang bersesuaian dan langkah pencegahan untuk mengelakkan diri daripada menghidapi penyakit kanser serviks.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: